Tuesday, April 12, 2011

lamaran ILAHI

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

  Aku hanya seorang gadis. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

  Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

  Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat ku memakai cincin di kedua tangan di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
 "Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
 Aku menjawab tenang..
 "Warna putih, bersih..."
 "Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
 "Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
 Ibu angguk perlahan.

  Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

  Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
 Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
 "Insya Allah, dia tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
 Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
 "Jangan lupa jemput saya di hari menikahnya, jangan lupa!"

  Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan dia yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
 "Bila awak menikah?"
 Aku tiada jawapan khusus.
 "Insya Allah, tiba waktunya nanti awak akan tahu..."
 Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
 "Jemput saya tau!"
 Anis tersenyum megah.
 "Kalau awak tak datang pun saya tak berkecil hati, doakan saya banyak-banyak!"
 Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
 "Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

  Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
 "Usah berlebihan ya..."
 Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
 "Jom makan!"
 Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
 "Sila-sila, saya puasa."
 Sahabiah juga semakin galak mengusik.
 "Wah, diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
 "Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
 Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


*:.☆˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥  ♥ ✿ (❤◕‿◕❤) ✿`*:.☆˙·٠•●Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●.
  

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
 "Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
 "Ya Allah, tenangnya..."
 "Moga Allah memberkatinya...."Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...

  Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
 "Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
 Akhirnya, Anis bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
 "Adani bertunang dengan siapa, mak cik?"
 Ibu tenang menjawab...
"Dengan kematian wahai anakku.Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, dia hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..."
 Terduduk Anis mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
 "Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
 Ibu angguk, tersenyum lembut...
 "Ini nak, bukunya."
 Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
 "Ya Allah, patut la dia selalu menangis.. Anis tak tahu mak cik."
 "Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu dia mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Anis masih kaku. Tiada suara yang terlontar.




*:.☆˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥ ♥ ✿ (❤◕‿◕❤) ✿`*:.☆˙·٠•●Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●.




 "Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta."

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**

SURAH penghalang keadaan

1.surah al-Fatihah
   -mghalang seseorang i2 drpd mndapat kmarahan Allah

2.surah Yasin
   -mghalang seseorang i2 drpd rsa sgt haus pd hari kiamat

3.surah ad-Dukhan
   -mghalang seseorang i2 drpd kedahsyatan hari kiamat

4.surah al-Waqi'ah
   -mghalang seseorang i2 drpd kefakiran

5.surah al-Mulk
   -mghalang seseorang i2 drpd dtimpa azab kubur

6.surah al-Khauthar
   -mghalang seseorang i2 drpd suka brmusuhan

7.surah al-Kafirun
   -mghalang seseorang i2 drpd mnjadi kafir ktika hndak mati

8.surah al-Ikhlas
   -mghalang seseorang i2 drpd mnjadi org munafik

9.surah al-Falaq
   -mghalang seseorang i2 drpd suka dengki kpd org lain

10.surah an-Nas
   -mghalang seseorang i2 drpd trjebak dlm keadaan waswas

HIKMAH KEBENARAN

Pada satu ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani baru berumur tujuh tahun. Ibunya menghantar beliau bermusafir menuntut ilmu bersama sebuah kabilah ke satu tempat yang jauh. Sebelum bertolak, ibu beliau sempat menjahitkan poket di lengan pergelangan tangan Syeikh Abdul Kadir sebagai karung meletakkan wang. Ibu beliau menyelitkan beberapa nilai wang ke dalam karung tersebut.
Ketika Syeikh hendak memulakan langkah menuju ke jalan Allah untuk menuntut ilmu ibunya berpesan "Walau dalam apa keadaan sekalipun kamu jangan sekali-kali menipu." Syeikh mendengar pesanan tersebut dan terus memulakan perjalanan beliau.

Di persimpangan jalan beliau bersama kafilahnya bertembung dengan kumpulan perompak yang besar. Mereka seterusnya dengan rakus merampas segala harta anggota pada kafilah sehinggalah ketua perompak bertanya kepada anak-anak buahnya "Adakah sesiapa lagi yang masih tidak diambil hartanya,"

"Di belakang sana ada seorang budak kecil yang hanya mempunyai karung kecil di tangannya. Tiada apa-apa yang berharta kami lihat padanya," kata pengikut ketua perompak tersebut.

"Tidak, panggil dia ke sini biar aku tanya dia apa yang ada di dalam karung tersebut," Balas ketua perompak.

Syeikh Al-Jailani dipanggil dan ditanya tentang karung di tangannya. Tanpa berfikir panjang, beliau menjawab "Di dalam karung ini ibuku mengirimkan aku wang untuk perbelanjaan aku ketika sepanjang perjalanan ini"

Berkat kebenaran seorang kanak-kanak kecil yang diberikan Allah sinar hidayah, akhirnya menerangi hati yang gelap, jauh dari Allah taala.

"Budak kecil sebegini berani berkata benar walaupun dia tahu benar itu akan memberi kerugian kepadanya, aku sudah banyak kali berbohong orang, aku sudah banyak kali menipu orang, aku sudah banyak kali berbuat jahat kepada orang, aku malu dengan Allah, aku mahu bertaubat kepada Allah!" balas ketua perompak dengan lantang.


Kesimpulannya, kebenaran perlu dizahirkan dan dikatakan walaupun ia pahit seperti sabda Rasulullah yang bermaksud “Berkatalah benar walaupun ia pahit,” Ini kerana kebenaran akan sentiasa disusuli dengan ujian dan cabaran untuk menguji ketulinan kebenaran yang kita tunjukkan. Natijahnya, Allah akan sentiasa dengan janjinya, akan menolong orang yang menegakkan kebenaran.

sePERCIK keBAHAGIAAN

Apakah arti kebahagian bagiku? Dan apa pula menurutmu? Kepuasan atas ambisi dan berbagai keinginan serta kesenangankah? Atau ada rumus dan perhitungan tertentu? Sekali-kali bukan itu, karena kita orang beriman yang mendengar sabda Sang Nabi r, dari Abu Hurairah yang artinya,

“Dunia itu adalah penjara bagi orang beriman, dan surga bagi orang kafir.” (H.R. Muslim)


Dengan demikian aku memandang segala sesuatu bukan dengan dunia, melainkan mata akhirat. Walau bukan berarti aku tak ingin bahagia di dunia. Dan kebahagiaan bagi hamba yang beriman itu sangat jauh berbeda. Ibarat pepatah, aliran berpuluh anak sungai yang bermuara satu.


Bagi seorang Abdullah Ar-Rumi, “Kebahagiaan itu terletak pada pengenalan terhadap hakikat ibadah.”


Sementara Ibnu Taimiyah menjelaskan, bahwa kebahagiaan itu tidak lain adalah tingkat pengenalan sesorang terhadap nilai dan hakikat ibadah. Orang yang berbahagia adalah orang yang paling menghamba, alias paling tekun menjalani kehidupannya sebagai hamba Allah. Seberapa besar tingkat pengenalannya terhadap ibadah –yang diperolehnya melalui proses belajar dan praktik secara tepat, cermat dan ikhlas- sebesar itulah tingkat kebahagiaannya.


Namun kebahagian pun bisa bertolak dari sesuatu yang praktis, sebagaimana sabda Sang Nabi r,


“Ada empat kunci kebahagiaan: istri yang salihah, rumah yang baik (luas meskipun sederhana), tetangga yang baik dan kendaraan yang nyaman. Dan ada empat hal yang bisa membawa kesengsaraan: tetangga yang jahat, istri yang tidak salihah, rumah yang sempit dan kendaraan yang menyusahkan.” (H.R. Ibnu Hiban)


Istri yang salihah, benar, ia dipastikan merupakan sebuah kebahagiaan bagi dirinya maupun orang-orang di sekitarnya. Betapa Sang Nabi r pun pernah bersabda yang artinya,


"Dunia adalah kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatan dunia adalah wanita yang salihah.” (H.R. Muslim)


Baiklah, lalu dimanakah harta perhiasan, sawah ladang, emas permata yang membuat kami bahagia? Memang demikianlah naluri kemanusiaan, dimana kebahagiaannya terbungkus dalam sebahagian syahwat (keinginannya). Dalam batas yang tipis ketika syahwat itu menentukan kebahagiaan seseorang, apakah kemudian dalam ridha-Nya atau dalam kemarahan-Nya.


“Dijadikan indah, pada (pandangan) manusia kecintaan kepada keinginannya (syahwat), yaitu: para wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternak dan swah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan si sisi Allahlah tempat kembali yang baik.” (Ali ‘Imran:14)

kawalan nafsu

KISAH 1

  Suatu ketika d mesir trdapat seorang lelaki yg tinggal d masjid.Tugasnya mngumandangkan azan apabila masuk waktu solat.Dia sgt taat pd Allah & selalu beribadah.Setiap kali masuk waktu solat dia ke menara utk mngumandangkan azan.

  Di bawah menara trsebut trdapat sebuah rumah milik keluarga yg bragama kristian.Suatu hari dgn tdk sengaja lelaki trsebut menoleh lalu trlihat olehnya seorang gadis cantik d dlm rumah itu.Dia trtarik dgn gadis itu lantas turun tnpa mngumandangkn azan sprti biasa dmi mnemui gadis itu.

Setelah brhadapan dgnnya,gadis itu brtanya,"apa yg kau mahukn sehingga dtg ke rumahku?"
Jawab lelaki itu,"aku inginkn kamu."
"kenapa kau suka kpdku?
"kerana kau telah merampas smua keinginanku & aku telah jatuh hati pdmu."
"aku tdk boleh brsamamu krn prbezaan agama & tdk mgkin itu akn brlaku,"balas gadis itu.
"tdk..aku tdk peduli.aku ingin menikah dgnmu."
"tp aku seorang kristian dan engkau seorang islam..sudah pasti ayahku tdk mngizinkn ku menikah dgnmu".
"jika demikian aku sanggup memeluk agama mu".
"baiklah jika itu kemahuan mu aku brsedia menikah dgn mu".

  Akhirnya lelaki yg begitu warak itu menukar agamanya dmi gadis trsebut.Dia kemudian tinggal brsama gadis pilihannya.Tp malang umurnya tdk pnjang.Ketika dia brjalan d atas lantai rumahnya,dia trjatuh lalu menemui ajalnya.Matinya dgn sia2 krn belum sempat menikmati kehidupan brsama perempuan idamannya itu.Dia juga telah kehilangan agamanya krn trpikat dgn kecantikan yg sesaat iaitu kenikmatan duniawi yg tdk abadi.


......................................................................................................................................................................


KISAH 2


Ini pula kisah lelaki yg sgt merindui kekasihnya.Kerana cinta yg mndalam dan rasa kasihnya yg tdk brbelah bagi,dia jatuh sakit.

  Dia berada dlm dunia yg asing krn sakitnya.Kemudian seseorang menawarkan utk menemukan dia dgn kekasihnya itu.Sejurus mndengar prkhabaran trsebut,dia berasa sunguh gembira malah pnyakit yg dideritainya sembuh.
  Dengan sabar dia menunggu nmun oleh krn suatu hal,kekasihnya tdk dpt mneruskn prjalanan dan kembali ke kampung halaman dgn perasaan kebencian yg meluap2.Lelaki td berangan2 bahawa kekasihnya akn dtg dan menemuinya utk melepaskn rasa rindu dendam yg tdk trtahan.Dia begitu yakin akn brsama kekasihnya dan memulakn hidup brsama.

  Mendengar prkhabaran kekasihnya yg tdk mahu brtemu,maka sakitnya dtg kembali malah kian parah.Dia mula brputus asa utk meneruskn kehidupan tnpa kekasih yg dirindui.Tdk lama kemudian dia meninggal dunia.Saat kematian dia brkata,"wahai kedamaian,wahai kenikmatan,wahai pngubat lara,dtglah kamu utk mngubati hatiku berkat rahmat Yang Maha Mencipta dan Maha Agung".Kemudian dkatakn pdnya,"wahai si polan,katakn tdk ada tuhan selain Allah,maka takutlah kamu kpd Allah"...Sehingga dia menemui ajal dia tdk mngucapkn kalimah shahadah.

Ketika jiran tetanganya melalui rumahnya,kedengaran jeritan yg sgt mnyakitkn.Akhirnya dia mninggal dunia dgn pengakhiran yg sgt buruk.

Monday, April 11, 2011

menangis kerana takut pada ALLAH

Buat mereka yang sering menangis kerana terluka dengan kekasihnya dan menangis kerana ditinggalkan oleh kekasihnya.
Serta buat semua ummah yang pernah terlupa...

Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya:
“Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu...”



Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya.
Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”
Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak.
Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”
Lalu, wanita tersebut bertanya; “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”
Dan lelaki itu pun menjawab. “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”
Wanita itu pun berkata lagi. “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak untuk ditakuti.”
Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.
Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”
Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”




Rasulullah saw bersabda:
“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.
“Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”
Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah.
Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”
Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata; “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang khusyu’. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”
Malangnya, api itu tidak juga kembali.
Maka, berkatalah Jibril as: Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi: “ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu. Dan seketika itu, api itu pun padam.
Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab: “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”
Rasulullah saw seringkali berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”




Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat.
Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda bersabda:
“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”
Lantas Allah berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”
Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu Allah menjawab; “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu denganKu.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.




Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” Kemudian, mereka nampak Allah tapna kaifiyah. Allah berfirman lagi: “Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepadaKu?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”
Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “... (Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka tidak akan menjilatorang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”

*Sumber: Terjemahan Mukasyafah Al Qulub tulisan Imam Al-Ghazali.

Buat mereka yang seringkali menangis demi perkara yang sia-sia; menangis kerana cinta manusia, menangis kerana membaca novel cinta, menangis menonton filem cinta yang semu. Cinta! Cinta! Cinta duniawi.
Istighfarlah! Sedarlah! Bangkitlah dari lenamu.
Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung; Allah sedang menantimu di pintu taubatNya. Pulanglah padaNya... dan menangislah untukNya. Menangis untuk menangih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya, menangis kerana berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya. Kerana Allah swt telah berfirman:
 “Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah...” (Al-Hasyr: 19)







Ingatlah, menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua titisan air matamu...

mencari TEMAN ke SYURGA

Teman yg baik adlh anugrah yg x t'nilai drpd Allah.teman yg baik penunjuk jln,pnguat lngkah dan azam,pndamping yg akn slalu mngingatkn utk bsungguh2 brusaha mbuat bekal negeri abadi.mnusia yg lemah sprti kita tntunya mmerlukn teman utk brkngsi suka n duka,utk mngingatkn kala trleka,utk menemani kita kala bramal ibadat agr lbh bsungguh2 dmi bsama meraih syurgaNya.

seorang Nabi Allah,Nabi Musa pun mmerlukn teman lantas baginda brdoa kpd Allah agr mngurniakn teman pnguat lngkah,teman ke syurga...
        "Dan jadiknlah utk ku seorang pmbantu dr kluargaku iaitu (Harun) saudaraku,tguhknlah kekuatanku dgn adanya dia      dan jadiknlah dia teman dlm urusanku,agr kmi byk brtasbih kpdMu dan byk mngingatiMu,sesungguhnya Allah Maha Melihat keadaan kami"
(20:29-35)



saidina Umar mngatakn,
"tiada 1 kbaikn pun yg d anugrahkn kpd seorang hamba sesudah Islam,slain saudaranya yg soleh.Apabila seseorang d antara kamu mrasakn sntuhan ksih syg dr saudaranya,maka hndaklah ia bpegang kpdnya"

saidina Umar mminta kita 'bpegang kpdnya',iaitu bmakna tdk mlepaskn dan mghargai teman trsebut krn kita sbnarnya d anugrahkn kbaikn yg sgt bsar apabila dkurniakn teman yg soleh~

                                       prsahabatan adlh hal yg pling indh yg ada d muka bumi ini




                                         brsyukurlah jka kita memiliki shbat utk dunia & akhirat...
♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"لا يكلف الله نفسا الا وسعها"...
..::..ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..::..♥..ان الله معنا..