Tuesday, April 12, 2011

HIKMAH KEBENARAN

Pada satu ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani baru berumur tujuh tahun. Ibunya menghantar beliau bermusafir menuntut ilmu bersama sebuah kabilah ke satu tempat yang jauh. Sebelum bertolak, ibu beliau sempat menjahitkan poket di lengan pergelangan tangan Syeikh Abdul Kadir sebagai karung meletakkan wang. Ibu beliau menyelitkan beberapa nilai wang ke dalam karung tersebut.
Ketika Syeikh hendak memulakan langkah menuju ke jalan Allah untuk menuntut ilmu ibunya berpesan "Walau dalam apa keadaan sekalipun kamu jangan sekali-kali menipu." Syeikh mendengar pesanan tersebut dan terus memulakan perjalanan beliau.

Di persimpangan jalan beliau bersama kafilahnya bertembung dengan kumpulan perompak yang besar. Mereka seterusnya dengan rakus merampas segala harta anggota pada kafilah sehinggalah ketua perompak bertanya kepada anak-anak buahnya "Adakah sesiapa lagi yang masih tidak diambil hartanya,"

"Di belakang sana ada seorang budak kecil yang hanya mempunyai karung kecil di tangannya. Tiada apa-apa yang berharta kami lihat padanya," kata pengikut ketua perompak tersebut.

"Tidak, panggil dia ke sini biar aku tanya dia apa yang ada di dalam karung tersebut," Balas ketua perompak.

Syeikh Al-Jailani dipanggil dan ditanya tentang karung di tangannya. Tanpa berfikir panjang, beliau menjawab "Di dalam karung ini ibuku mengirimkan aku wang untuk perbelanjaan aku ketika sepanjang perjalanan ini"

Berkat kebenaran seorang kanak-kanak kecil yang diberikan Allah sinar hidayah, akhirnya menerangi hati yang gelap, jauh dari Allah taala.

"Budak kecil sebegini berani berkata benar walaupun dia tahu benar itu akan memberi kerugian kepadanya, aku sudah banyak kali berbohong orang, aku sudah banyak kali menipu orang, aku sudah banyak kali berbuat jahat kepada orang, aku malu dengan Allah, aku mahu bertaubat kepada Allah!" balas ketua perompak dengan lantang.


Kesimpulannya, kebenaran perlu dizahirkan dan dikatakan walaupun ia pahit seperti sabda Rasulullah yang bermaksud “Berkatalah benar walaupun ia pahit,” Ini kerana kebenaran akan sentiasa disusuli dengan ujian dan cabaran untuk menguji ketulinan kebenaran yang kita tunjukkan. Natijahnya, Allah akan sentiasa dengan janjinya, akan menolong orang yang menegakkan kebenaran.

No comments:

Post a Comment

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"لا يكلف الله نفسا الا وسعها"...
..::..ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..::..♥..ان الله معنا..